Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PH Sarawak tetap kukuh hadapi PRN12

PH Sarawak tetap kukuh hadapi PRN12

MAHDAR BUJANGFebruary 26, 2020 12:00 pm




Pakatan Harapan (PH) Sarawak tetap kukuh walapun berlaku pergolakan di peringkat nasional ketika ini apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengambil keputusan keluar daripada komponen PH Ahad lalu.

Ini ditambah lagi, dengan tindakan tiga kepimpinan Parti Keadilan Rakyat(PKR)Sarawak yang telah memilih keluar dari parti mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini bagi menentukan tindakan yang diambil berikutan perubahan kepimpinan PKR Sarawak dan tindakan Bersatu yang keluar daripada PH.

Menurutnya, isu kepimpinan PKR Sarawak perlu diselesaikan apabila pengerusinya, Ahli Parlimen Selangau Baru Bian bersama Ali Biju (Krian) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) keluar dari PKR.

“Saya yakin selepas melalui pergolakan ini sejak Ahad lalu, PH Sarawak akan lebih bersatu dan kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan datang.

“Jelas, tindakan Baru Bian, Ali Biju dan Wilie Mongin memilih keluar PKR dan PH yang menyertai Umno dan Pas dalam cubaan membentuk kerajaan baharu amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Beliau menegaskan, ketiga-tiga pemimpin PKR negeri itu tidak hanya mengkhianati PKR tetapi kepercayaan pengundi yang telah memilih PH sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 lalu.

Tambah Chong, tindakan mereka bersama kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menjatuhkan Kerajaan Persekutuan PH yang dipilih secara demokratik telah membawa keadaan huru hara kepada negara dan melumpuhkan kerajaan secara keseluruhannya.

“Kami (PH Sarawak) akan sentiasa setia dan berpegang teguh kepada perjuangan politiknya yang asal iaitu membawa reformasi kepada Sarawak dan Malaysia untuk ke arah lebih baik.

“Tindakan beberapa pemimpin yang keluar daripada parti-parti komponen PH sesekali tidak akan menggugat perjuangan PH Sarawak,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa gembira dan bangga kerana semua wakil rakyat dari DAP terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)) sentiasa kekal bersama parti dalam apa jua situasi yang berlaku.

“Semua ahli DAP serta ahli AMANAH serta ahli yang masih kekal bersama PKR di Sarawak juga telah menunjukkan kekuatan hebat dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pucuk kepimpinan PH walaupun terpaksa melalui keadaan sukar di saat ini,” katanya yang juga merupakan Pengerusi DAP Sarawak.

 

 

 

 

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production