Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PH Selangor singkir Bersatu serta-merta

PH Selangor singkir Bersatu serta-merta

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 5, 2020 3:39 pm




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor menyingkirkan Bersatu berkuat kuasa serta-merta, selain membekukan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi politik di peringkat Persekutuan.

“Pimpinan tinggi Pakatan Harapan memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu dan secara automatik bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Selangor.

“Kerajaan negeri turut akan bekukan peruntukan lima ADUN Bersatu dan dua ADUN Bebas.

“Pembabitan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK), anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan, sesuai dengan keadaan politik semasa,” jelas Amirudin lagi.

Dua ADUN Bebas itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) yang kemudian dilaporkan menyertai Bersatu selepas dipecat dari PKR dan Hilman Idham (Gombak Setia) yang tidak menyatakan pendirian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam hari ini.

Selangor dilihat negeri paling selesa bagi PH dengan penguasaan 50 daripada 56 kerusi DUN sebelum ini.

Gabungan PH di negeri itu terdiri daripada PKR dengan 21 kerusi, DAP (16), AMANAH (8) dan Bersatu (5).

Pembangkang pula hanya mempunyai enam kerusi iaitu lima dari Umno manakala Pas hanya memiliki kerusi DUN tunggal.

Walaupun selepas Bersatu disingkirkan, PH masih menguasai Selangor dengan 43 kerusi DUN.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production