PH semakin cerah untuk menang kerusi di Terengganu

 

Dr Mazlan Ali berkata, penetapan hari mengundi hari Rabu rugikan BN.

Menjelang hari mengundi esok, pengkaji mendapati peluang untuk calon-calon Pakatan Harapan khasnya di kawasan bandar semakin cerah di Terengganu.

Pengkaji politik Terengganu, Dr Mazlan Ali mendapati, keputusan SPR memutuskan hari mengundi pada hari bekerja dan pertengahan minggu iaitu hari Rabu menguntungkan pembangkang iaitu PH dan Pas.

“Pengundi participant (mengundi kerana isu) biasanya mengundi pembangkang. Mereka lebih komited untuk mengundi berbanding penyokong BN.

“Jadi apabila SPR memutuskan mengundi pada hari Rabu, mereka tetap akan pulang berbanding penyokong BN yang tidak berapa komited untuk mengundi yang perlu dikerah dan diberikan pengangkutan untuk mengundi kerana mereka tidak mahu menyusahkan diri mereka,” kata Mazlan.

Mazlan dipercayai merujuk kepada pengundi luar Terengganu yang tinggal di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Lebuhraya Pantai Timur dan Utara Selatan sesak mulai hari ini apabila pengundi yang tinggal di ibukota mulai bergerak pulang ke kampung untuk membuang undi esok.

Bagaimanapun, Mazlan masih kekal berpandangan BN akan menang di Terengganu dalam pilihan raya kali ini.

Namun berbanding kajian sebelum ini, Mazlan memberikan lebih banyak kerusi untuk dimenangi Pas di samping PH juga berpeluang untuk menang.

“Bagaimanapun saya meramalkan pencapaian Pas akan lebih buruk berbanding PRU 13 lalu di mana bilangan kerusinya semakin kurang dari 14 yang dimenangi dulu,” katanya.

Dalam PRU 13 lalu, Pas menang empat kerusi parlimen dan 14 kerusi Dun di Terengganu.

Sebelum penamaan calon, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu meramalkan, BN akan menang kesemua parlimen di Terengganu termasuk kerusi Marang yang disandang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, selepas calon dinamakan, Mazlan mendapati semacam ada kerjasama antara Pas dan Umno di Terengganu berdasarkan calon yang di namakan.

“Untuk kawasan kuat Pas, misalnya di parlimen Marang, BN meletakkan calon yang tidak kuat. Jadi besar kemungkinan calon Pas akan menang.

“Begi juga di kawasan BN kuat, Pas pula meletakkan calon yabg tidak berapa kuat,” katanya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS