PH seru pengundi wanita jadi ‘queen maker’ jatuhkan kerajaan BN

PH seru pengundi wanita jadi ‘queen maker’ jatuhkan kerajaan BN

Pakatan Harapan menyeru agar pengundi wanita menjadi ‘queen maker’ untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi memastikan pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, wanita memainkan peranan penting bukan sahaja bagi membangunkan keluarga malah membangunkan bangsa dan negara.

“Jika ditanya golongan mana yang mampu menjadi ‘king maker’ dan kenapa tidak pula ‘queen maker’?- pada PRU14 kali ini. Kami percaya antaranya adalah golongan wanita,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan diibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir dalam sidang media diadakan itu Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruin, Naib Presiden PKR Tian Chua dan isteri kepada Pengerusi PH, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut Wan Azizah lagi, menerusi Buku Harapan terdapat lima janji PH sekitanya berjaya ke Putrajaya iaitu penjagaan kesihatan, pendidikan, perundangan dan politik khusus untuk kaum wanita.

“Memahami peranan, perjuangan dan pengornanan wanita ini terutama yang bekerja sebagai suri rumah, maka Pakatan Harapan telah mengumumkan dasar skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja¬† (KWSP) untuk suri rumah.

“Caruman akan disumbangkan daripada caruman KWSP suami yang bekerja pada kadar 2 peratus sebulan dan Kerajaan Baru Pakatan Harapan akan memberi sumbangan sebanyak RM50 sebulan oleh KWSP kepada suri rumah.

“Kami mengesa semua wanita yang sayangkan keluar mereka untuk keluar mengundi pada 9 Mei ini demi masa depan mereka dan negara,” ujarnya.

Tun Siti Hasmah mennyokong  apa yang dikatakan Dr Wan Azizah dan beliau berkata daripada pengalamannya melalui banyak pilihan raya, tidak menafikan wanita memainkan peranan cukup penting.

“Wanita akan memainkan peranan mereka dalam setiap pilihan raya .Kita berikan mereka banyak keyakinan dan peluang untuk wanita ke hadapan dalam bidang politik dan sosial.

“Jika Pakatan Harapan menerajui negara kita akan bersama membangunkan dan meninggkatkan lagi program-program khusus untuk wanita.

“Wanita yang menjadi rumah tangga mereka semua profesional kerana memenuhi pernannya sebagai isteri, ibu dan rakyat negara
ini,” ujarnya.

Bagi Ketua Wanita PKR Zuraida juga berkata, dengan pelbagai program untuk golongan wanita terutama di Negeri Selangor telah banyak meningkatkan pencapaian ekonomi golongan wanita.

“Saya percaya wanita pada PRU14 sudah bersedia kerana mereka sudah terdedah dengan maklumat, mereka kebanyakannya sudah terhempit dengan keadaan ekonomi hari ini dan tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan sangat menarik.

“Seperti program Kiss Smart Selangor akan dilebar luaskan kepada program caruman KWSP kepada suri rumah tangga apabila kita mengambil alih Putrajaya,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan media berkaitan pandangan rakyat sama ada caruman 2 peratus suami itu turut diberikan kepada suami yang berpoligami, cadangan itu akan diperhalusi Pakatan Harapan.

“Itu dasar kerajaan dan dasar PH kita akan meneliti isu ini untuk berlaku adil terhadap wanita jika mereka mempunyai lebih satu isteri yang sah,” ujarnya.

Bagi Tian Chua pula berkata, peranan untuk membaiki keadaan ekonomi dan kedudukaan politik bukan sahaja tanggungjawab wanit harus disokong oleh kaum lelaki.

“Pilihan raya kali ini Pakatan Harapan telah menyediakan pelbagai maklumat menrusi sosial media iaitu satu usaha untuk mengatasi halangan wanita untuk menyertai ceramah ketika mereka bertugas di rumah atau dipejabat.

“Sosial media ini membolehkan kaum wanita dapat maklumat terkini dan boleh membabitkan diri dalam pembuat keputusan PRU14.

“Saya merayu semua pihak maklumat ini disebarkan dan penyertaan kaum wanita amatlah penting dalam proses pilihan raya.” ujarnya.

 

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS