PH siap siaga hadapi 3 penjuru termasuk di Selangor

PH siap siaga hadapi 3 penjuru termasuk di Selangor

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpandangan Pakatan Harapan perlu berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru termasuk di Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“DAP dan pemimpin Pakatan Harapan mesti menghadapi realiti politik yang akan berlaku pertandingan tiga  penjuru yang melibatkan Pas, walaupun di Selangor, dalam PRU14.

“Realiti politik yang dihadapi inilah sebabnya semakin besar peluang Pakatan Harapan akan dapat mengalahkan Umno-BN walaupun dalam pertarungan tiga penjuru untuk membawa perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan Kerajaan Negeri Johor untuk kali pertama dalam sejarah negara kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dialog Kopitiam di Batu Pahat semalam.

Ahli Parlimen Gelang Patah ini juga berkata, beliau meramalkan jika terdapat 10% pengundi Melayu dan 5% pengundi bukan Melayu dari Umno-BN menyokong PH dalam RPU14 berbanding PRU13, maka kemungkinan besar ujarnya, PH akan mampu membentuk kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Jelasnya lagi, pada pilihan raya umum 2013, Pas hanya memperoleh 22% sokongan pengundi di Negeri Johor, tetapi majoriti sokongan terhadap Pas datang daripada sokongan DAP dan PKR.

“Pas tidak dapat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun)  dalam 10 pilihan raya umum dari 1959 hingga 1999, dan memenangi kerusi Dun yang pertama di Johor pada pilihan raya umum 2004.

“Tetapi Pas dilihat seperti menang tiket loteri kerana ia menang secara tidak langsung kerana calon Umno hilang kelayakan pada pilihan raya 2004 ketika itu.

“Pas memenangi dua kerusi Dun pada 2008 dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor pada pilihan raya umum 2013, sebahagian besarnya mendapat sokongan DAP dan PKR.

“Saya percaya jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Johor dalam PRU14, Pas tidak akan memenangi satu kerusi Dun di Johor dan peratusan undi yang ditonjolkan dalam negeri oleh calon Pas akan berkurangan antara 5% hingga 8 %,” ujarnya.

{loadposition myposition} Kit Siang berkata, perubahan peratusan itu boleh berlaku kerana beliau tidak percaya, majoriti pengundi Pas akan bersetuju dengan sokongan politik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak, yang terkait dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrat.

Katanya lagi, untuk mencapai kemenangan bagi Pakatan Harapan masih belum terlewat untuk menarik dan menyakinkan 3.5juta ahli Umno bahawa Najib perlu disingkirkan untuk menyelamatkan Malaysia dari negara kleptokrat.

Dalam pada masa sama ujarnya lagi, perlu diberi penerangan kepada sejuta ahli Pas bahawa sokongan Hadi terhadap Najib dan kleptokrasi globalnya adalah sesuatu yang Nik Aziz, Fadhil Noor atau Yusuf Rawa tidak akan pernah menyenangi atau menyokongnya.

CATEGORIES
TAGS