Malaysia Dateline

PH tawar belanjawan alternatif buat negeri Terengganu

Sempena Pembentangan Belanjawan Terengganu 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang bermula 12 Disember lalu, Pakatan Harapan Terengganu telah melancarkan Belanjawan Pakatan Harapan Terengganu sebagai bajet alternatif bagi negeri itu.

Belanjawan PH Terengganu itu telah dilancarkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, berikut adalah tawaran PH Terengganu dalam bajet alternatif berkenaan, menurut Raja Bahrin.

Belanjawan Pakatan Harapan – PH, Terengganu adalah suatu Belanjawan berhemah dalam masa rakyat berhadapan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

PH Terengganu mencipta sejarah hari ini sebagai pihak pembangkang pertama menawarkan Belanjawan alternatif kerana memandangkan Terengganu yang begitu kaya dengan sumber minyak, gas dan berbagai lagi asset utama mengalami begitu banyak ketirisan dan pembaziran yang meletakkan negeri diantara empat negeri termiskin. Kemiskinan dalam kalangan nelayan, petani dan penduduk luar bandar merupakan masalah lama yang tiada penghujungnya.

“Belanjawan ini merupakan pendekatan “bottom up” ia itu mengambil tumpuan utama kebajikan dan keperluan semasa rakyat dibawah ditengah-tengah senario kesempitan hidup semasa. Ianya di rangka oleh pimpinan PH yang terdiri daripada golongan profesional seperti Pengerusi PH yang berlatarbelakang arkitek dengan pengalaman pembangunan projek, isu warisan dan juga Pelancongan tempatan dan juga timbalan Pengerusi PH , seorang akauntan dengan pengalaman swasta yang luas.

“Antara cadangan utama Belanjawan Pakatan Harapan Negeri Terengganu berasaskan 5 “P”, ialah:

1- Pendidikan

Keputusan perperiksaan yang cemerlang murid sekolah menengah Terengganu mesti di manafaatkan sepenuhnya di peringkat Universiti dan pusat pendidikan tempatan yang akan dan telah di ujudkan.

Perancangan Program membawa cendikiawan serta cerdik pandai tempatan untuk kembali berkhidmat di Terengganu akan di ujudkan untuk menghentikan “BRAIN DRAIN” dan “TALENT DRAIN” keluar dari negeri.

Sistem berteraskan pendididkan saintifik akan di tingkatkan lagi dengan nilai serta pendekatan Islam yang kaya.

Pemberian semula biasiswa serta pinjaman kepada pelajar anak Terengganu yang telah dihentikan akan di kembalikan dan diteruskan. Ini adalah selaras dengan cadangan PH Nasional yang bercadang memberi pendidikan percuma dalam waktu terdekat apabila berkuasa.

2 – Petroleum dan gas

Menuntut kembalikan Royalty untuk Terengganu di kadar 10 % di peringkat permulaan, dan 20% untuk jangka masa panjang, usaha mengadakan serta memastikan wujudnya industri ‘downstream’ serta penglibatan anak tempatan secara lebih bermakna akan dilaksanakan.

Memastikan Syarikat Minyak Terengganu sendiri untuk terlibat secara terus dalam industri minyak dan gas yang akan memberi penyertaan dan manafaat terus kepada anak tempataan melalui kontrak terus dan juga melalui usaha sama.

3 – Pelancongan

Sektor Pelancongan Terengganu yang mempunyai potensi yang tinggi dan bolih membuka peluang perkerjaan yang amat luas akan dipertingkatkan lagi dengan tumpuan memanafaatkan aset-aset semula jadi, kraftangan dan warisan tempatan. Segala infrastruktur pelancongan seperti “connectivity” udara, air dan darat akan diberikan keutamaan.

4 – Pertanian dan Perikanan

Sektor permakanan ini akan diberikan priority penting bagi memastikan segala keperluan dari segi bantuan dan permerkasaan diberi tumpuan supaya bekalan makanan tempatan boleh bantu menampung keperluan makanan rakyat Terengganu. Masalah penanam padi dengan isu baja dan juga peranan Bernas yang menyusahkan mereka akan ditangani. Isu masalah nelayan tempatan dengan masalah ikan yang makin pupus di laut dan pencerobohan serta kecurian oleh nelayan asing akan di tangani cara bersegera dan serius.

5 – Pemasyarakatan

Memandangkan kos sara hidup amat membebankan, masyarakat amat tertekan dan perlu disediakan kemudahan kekeluargaan yang baik seperti bantuan bagi kaum ibu yang perlu berkerja. Penyediaan pusat pusat penjagaan anak kecil, pusat jagaan “day care” anak kecil, cuti bersalin yang lebih lama seperti 120 hari, pusat atau rumah jagaan warga tua dan lain-lain bantuan yang membolehkan masyarakat memelihara instituisi dan ahli keluarga dengan baik sambil mereka berkerja menyara hidup.

“Itulah antara tawaran “Belanjawan Pakatan Harapan Rakyat” Terengganu secara berhemah dan dalam segala kesederhanaan tanpa melibatkan perbelanjaan yang boros dan membazir. Apa jua yang dapat dijimatkan adalah untuk menampung keperluan rakyat dalam kesusahan,” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu.