Malaysia Dateline

PH telah memilih Anwar sebagai Ketua Pembangkang

Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang baru untuk persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung 18 Mei ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Anwar ketika siaran langsung di Facebook hari ini.

“Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah maklumkan perkara tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Keputusan Majlis Presiden Pakatan juga sudah dimaklumkan kepada semua parti yang bersama pembangkang termasuk sebahagian Bersatu dan Warisan,” kata dalam siaran secara langsung tersebut.

Istiadat perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 2020 selama sehari akan berlangsung serentak dengan mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, persidangan hanya membincangkan Rang Undang-undang dan Usul Kerajaan tanpa sesi pertanyaan jawab lisan serta usul.

Ia telah dibantah oleh ahli Parlimen PH dan pelbagai pihak namun Menteri Undang-undang, Datuk Takiyuddin Hassan bertegas ia hanya persidangan satu hari sahaja.