Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PH tidak bincang kedudukan Tun Mahathir

PH tidak bincang kedudukan Tun Mahathir

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 27, 2020 4:22 pm




Pakatan Harapan (PH) tidak akan berbincang dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kedudukan beliau dalam gabungan parti itu.

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas perkara berkenaan kepada media susulan perkembangan terkini yang menyaksikan Dr Mahathir kembali mengambil semula jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

Media bertanya, adakah PH akan berjumpa dengan Tun: “Tidak, (hal) itu tidak timbul,” katanya selepas selesai mempengerusikan mesyuarat PH, di Hotel Eastin, hari ini.

Presiden PKR itu turut berkata, pendirian Dr Mahathir kembali menjadi Pengerusi Bersatu adalah keputusan beliau sendiri.

“(Itu) keputusan dia.

“Kami adalah (Pakatan) Harapan. Beliau (Dr Mahathir) dah tinggalkan Harapan,” katanya mengulas sama ada PH secara rasmi berpecah dengan Dr Mahathir.

Menjawab persoalan kemungkinan gabungan itu akan menerima Bersatu semula, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengulas ringkas bahawa hal itu tidak berbangkit dalam mesyuarat namun sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana ia berubah dari sehari ke sehari.

Mesyuarat yang berlangsung selama lebih dua jam turut melibatkan kehadiran Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, Wan Azizah ketika diserbu media, mengambil pendirian mengunci mulut dan enggan mengulas berhubung mesyuarat hari ini dan perkembangan terkini tentang politik negara.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production