PH tubuh kerajaan di Negeri Sembilan

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun akan dilantik sebagai MB, kata Pengerusi AMANAH, Zulkifly Omar.

Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berjaya menguasai 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Kerusi-kerusi yang dimenangi adalah 11 kerusi dari DAP, 6 PKR dan 3 AMANAH.

PH Negeri Sembilan turut memenangi enam kerusi Parlimen iaitu di Seremban, Rasah, Port Dickson, Kuala Pilah dan Tampin.

Ekoran kemenangan di 20 kerusi tersebut, PH Negeri Sembilan telah diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ini.

Menurut Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, PH Negeri Sembilan telah bersiap sedia untuk penubuhan kerajaan negeri yang baharu itu dan akan mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam masa terdekat untuk menyempurnakannya.

Kata beliau, PH Negeri Sembilan telah bersetuju menamakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dari PKR, yang juga calon Dun Sikamat, sebagai calon Menteri Besar (MB) bagi kerajaan negeri pimpinan PH Negeri Sembilan.

Biarpun DAP mempunyai kerusi Dun yang paling banyak namun seorang calon Melayu beragama Islam perlu diangkat sebagai MB, bersesuaian dengan undang-undang tubuh negeri yang mensyaratkan MB seorang Melayu beragama Islam, kata beliau.

Ditanya mengenai prestasi PH di negeri itu, Zulkefly berkata beliau terharu dan berasa amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh pengundi dan rakyat negeri itu terhadap PH sehingga memungkinkan PH mengambil alih pemerintahan.

Berhubung persembahan AMANAH pula beliau berkata, beliau juga berasa sangat terharu kerana dalam usia parti yang baharu setahun jangung, ia mampu menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan.

“AMANAH Negeri Sembilan telah memainkan peranan yang sangat besar sehingga kepada penubuhan kerajaan negeri yang baharu,” kata beliau.

Jelas beliau, AMANAH berjaya memenangi tiga daripada tujuh kerusi Dun yang ditandinginya iaitu di Paroi, Klawang dan Lenggeng serta satu kerusi Parlimen iaitu Tampin.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga Negeri Sembilan yang memberikan kepercayaan kepada AAMANAH dan PH untuk menerajui negeri itu.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS