Malaysia Dateline

PH tubuh sembilan jawatankuasa perkukuh gerak kerja

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan senarai sembilan jawatankuasa bagi memperkukuh gerak kerja blok pembangkang itu.

Setiap jawatankuasa dianggotai wakil setiap parti komponen PH iaitu PKR, AMANAH dan DAP.

Dua jawatankuasa iaitu pendidikan dan kesihatan masing-masing dipengerusikan bekas menteri iaitu Dr Maszlee Malik dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Untuk rekod, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam merupakan bekas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menarik diri dari parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada 2 November tahun lalu.

Berbanding jawatankuasa lain, Jawatankuasa Kesihatan mempunyai paling ramai anggota iaitu dengan enam Ahli Parlimen.

Berikut senarai lengkap kesemua jawatankuasa PH:

Jawatankuasa Pendidikan
YB Dr Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai
YB Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin

Jawatankuasa Kesihatan
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor
YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
YB Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching
YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut
YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
YB Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi

Jawatankuasa Ekonomi
YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
YB Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Jawatankuasa Keselamatan
YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
YB Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani
YB Senator Liew Chin Tong

Jawatankuasa Gender
YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan
YB Chong Eng, ADUN Padang Lalang
YB Senator Aiman Athirah

Jawatankuasa Belia
YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru
YB Howard Lee, ADUN Pasir Pinji
Sdr Shazni Munir

Jawatankuasa Kos Sara Hidup
YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang
YB Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat
YB Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin

Jawatankuasa Perundangan
YB Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang
YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang
YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Jawatankuasa Mobilisasi
YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
YB DS Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam