Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik, kata Anwar

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik, kata Anwar

FOTO: WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 29, 2020 4:11 pm




Keputusan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dibuat bagi meleraikan kemelut kepimpinan negara, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR berkata ini merupakan usulnya sendiri bagi mengelak negara terus terjerumus ke dalam kemelut politik.

“Semoga Allah merestui usaha kita dan menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk pulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya yang turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan PKR dan Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usulnya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PH di sebuah hotel, di sini, sebelum bertolak ke Istana Negara.

“Saya ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian PH daripada saya calon perdana menteri dan saya terharu dengan sokongan mereka, tetapi saya sekali lagi memilih untuk melihat kepentingan negara daripada agenda peribadi.

“Jadi saya harap rakan-rakan jangan gusar dan kecewa,” kata Anwar.

Sebagai rekod selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya, PH telah mencalonkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, pagi tadi PH mengeluarkan kenyataan memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk dicalonkan semula sebagai perdana menteri baharu.

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan pagi tadi menyatakan beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia dicalon semula sebagai perdana menteri.-BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production