PH tuntut kakitangan awam sokong kerajaan

PH tuntut kakitangan awam sokong kerajaan

Kakitangan awam yang pernah berkempen untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) didesak untuk menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Perdana Menter Tun Dr Mahathir  Mohamad berkata, kerajaan PH mendapat ramai dikalangan pegawai kerajaan sama ada secara sukarela atau tidak, pernah membantu kempen Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Ramai daripada pegawai kerajaan sama ada sukarela atau tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk parti BN.

“Kita terasa sangsi tentang royalti mereka kerana masih pegang parti lama atau kerajaan sekarang, akan menganggu pentadbiran
Pakatan  Harapan  kita ingin tadbir cara kita dan manifesto kita.

“Kita perlu dapat kerjasama dariapda pegawai kerana mereka terlibat mendalam dengan kempen pilihan raya yang sepatutnya mereka tidak terlibat.

“Setelah kerajaan ditukakr pada parti lain kita perlu tentukan sama ada kita boleh dapat kerjasama daripada pegawai kerajaan yang tiddak melihat mana-mana parti walapun mereka berhak mengundi mana-mana parti.

“Tetapi dalam tugas mereka tidak boleh memihak mana-mana parti. Tugas merkea melaksanakan keputusan dasar dan kerajaan semasa.

“Inilah sesuatu yang menjadi masalah kepada kita,” ujarnya yang beliau harap dapat atasi dan melicinkan pentadbiran kerajaan
PH.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anggota baharu di bawah Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Dr. Mahathir tidak dapat memberikan jumlah pegawai yang didakwa masih menyokong kerajaan BN, beliau menganggarkan bilangannya adalah ramai.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap kakitangan terlibat tetapi menuntut mereka menyatakan kesetiaan kepada kerajaan Pakatan Harapan bagi melincinkan pentadbiran negara.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS