Malaysia Dateline

PH, Umno sependapat Terengganu perlu diselamatkan dari Pas

Pakatan Harapan (PH) Terengganu menzahirkan rasa tanggungjawab bagi memastikan Terengganu terus membangun dan kemajuan negeri tidak terbantut oleh pemerintahan kerajaan Pas hari ini.

Pengerusinya Raja Bahrin Shah berkata, ekoran itu PH Terengganu mempunyai pandangan yang sama dengan pihak Umno negeri itu bahawa Terengganu perlu diselamatkan dari pemerintahan lemah berterusan Pas yang telah menjejaskan dan membantutkan kemajuan Negeri Terengganu.

“Kesejahteraan, kebajikan serta kemakmuran rakyat Terengganu merupakan keutamaan pada kami dan mana-mana pihak yang mendahulukan rakyat dan pembangunan Negeri

“Dengan sumber minyak dan gas Terengganu yang makin berkurangan, perancangan yang memandang jauh ke hadapan dan lebih profesional adalah amat diperlukan,” katanya.

Raja Bahrin berkata, Umno Terengganu tidak diberi peranan dan tempat oleh Pas hari ini untuk menyumbang dalam kerajaan mempunyai pendapat dan kebimbangan yang sama.

Tambahnya, keutamaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran masa depan rakyat Terengganu merupakan pandangan yang dikongsi bersama pihak yang prihatin masa depan rakyat tidak mengira dari parti politik mana sekali pun.

Berhubung pertandingan kerusi PRU15, beliau berkata PH Terengganu berhasrat bertanding kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

“Isu “swapping of seats”, atau pertukaran kerusi, dengan mana-mana pihak lain tidak pernah timbul,” katanya.