PH umum struktor pimpinan mahasiswanya

Nik Nazmi umumkan barisan pimpinan Mahasiswa PH.

 

Pakatan Harapan menubuhkan barisan kepimpinan mahasiswa PH untuk mengendalikan aktiviti ke empat-empat parti gabungannya di kampus-kampus.

Ketua Pemuda PH, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Mahasiswa Pakatan Harapan telah ditubuhkan lebih kurang dua tahun yang lalu pada tarikh 12hb Jun 2016 atas kesedaran kesepaduan dalam kalangan mahasiswa untuk membawa perubahan dalam negara.

Gabungan ini selari dengan kesatuan yang ditunjukkan parti-parti induk Pakatan Harapan yang disertai PKR, Amanah, DAP dan Bersatu.

“Kini, keluarga Mahasiswa Pakatan Harapan telah bertambah besar dengan kemasukan organisasi Mahasiswa Parti Pribumi Bersatu Malaysia,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataannya.

Katanya, Pakatan Harapan memandang serius dan mengiktiraf penglibatan golongan anak muda dalam menggerakkan kerja secara aktif untuk menyampaikan mesej dan dasar Pakatan Harapan dengan lebih berkesan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan mahasiswa secara khususnya.

Mahasiswa PH telah ditubuhkan dengan hasrat untuk melibatkan golongan mahasiswa secara terus dalam perjuangan membela nasib mahasiswa, anak muda, dan rakyat demi membina semula Malaysia yang lebih baik, katanya.

Sejak pertubuhannya, ahli-ahli Mahasiswa Pakatan Harapan telah terlibat secara aktif dan matang dalam perbincangan isu-isu nasional terutamanya yang membabitkan mahasiwa.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Pakatan Harapan ini amat penting sekali untuk membebaskan mahasiswa daripada terus terbelenggu dalam kebebanan.

Mahasiswa hari ini adalah mahasiswa yang paling terbeban sekali jika dibandingkan mahasiswa-mahasiswa yang lepas.

“Jika kita lihat kepada statistik-statistik yang disediakan oleh badan-badan kerajaan sendiri, kita boleh lihat bahawa kadar pengangguran anak muda sudah semakin parah, gaji permulaan graduan semakin rendah, dan kos kenaikan sara hidup telah menyebabkan rata-rata mahasiswa dan anak muda hidup dalam keadaan yang susah.

 

Menurut pengumuman itu, Pengerusi Mahasiswa PH adalah Na’im Bin Brundage (Mahasiswa Keadilan Malaysia) manakala timbanya adalah Khuzairi Mazlan (Mahasiswa Amanah Nasional),
Abdul Hannaan Khairy (Exco Pemuda PPBM) dan Leong Yu Sheng (DAPSY Biro Hal Ehwal Varsity).

Setiausaha badan ini adalah
Renugaa Narayanan Sharma (Mahasiswa Keadilan Malaysia)
manakala bendahari adalah
Janice Chua (Mahasiswa Keadilan Malaysia)

CATEGORIES
TAGS