Malaysia Dateline

Lim Kit Siang Pakatan

PH yakin akan tawan 3 kerusi parlimen di Johor, kata Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan Umno-BN akan kehilangan tiga kerusi parlimen di Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Beliau dipetik berkata, berpandukan kepada pola pengundian PRU tahun 2002004, 2008 dan 2013 menunjukkan, majoriti selesa Umno di tiga kerusi Parlimen iaitu Tebrau, Pasir Gudang dan Johor Bahru semakin menyusut.

“Jika trend sebegini terus berlaku, kita tidak boleh menolak kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga kerusi parlimen di Johor Bahru.

“Ini bermaknya Umno-BN boleh kehilangan parlimen Johor Bahru yang merupakan satu-satunya kerusi tunggal mereka dalam PRU14 akan datang sama ada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya seperti dilapor Roketkini.

{loadposition myposition} Jika Umno tewas di kawasan tersebut, kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini kononnya kemenangan parti itu di beberapa kawasan bandar di Johor sebagai bukti penerimaan orang bandar kepada Umno adalah meleset sama sekali ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Pada PRU 2004, BN memperoleh majoriti 26,011 undi di Parlimen Tebrau dan angka itu menurun kepada 14,851 undi dalam PRU 2008 manakala kedudukan BN dilihat semakin goyah pada 2013 apabila hanya berjaya mempertahankan 1,767 undi.

Bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, BN mendapat 31,121 majoriti dalam PRU 2004. Pada 2008, majoriti yang diperolehi BN menurun kepada 17,281 undi manakala pada PRU13, BN hanya berjaya bertahan dengan mejoriti 935 undi.

Di Parlimen Johor Bahru, majoriti 46,791 undi yang diperoleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad mewakili BN dalam PRU 2004 berkurang mendadak pada PRU 2008 dengan hanya mendapat 25,349 undi. Jumlah itu semakin merosot dalam PRU 2013 apabila BN hanya memperoleh 10,495 undi

“DAP berminat untuk bertanding di salah satu kerusi di kawasan ini – meskipun ianya kerusi paling sukar dimenangi di Johor Bahru.

“Keputusan sama ada DAP akan bertanding di salah satu kerusi daripada tiga kerusi tersebut, bagaimana pun akan diputuskan oleh kepimpinan Pakatan Harapan,” jelasnya.

Dalam PRU ke-13, Kit Siang meranapkan kubu BN Johor apabila berhijrah dari kerusi Ipoh Timur ke Gelang Patah dan menewaskan bekas menteri besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.