Phahrolrazi dilantik Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas yang baharu

Phahrolrazi dilantik Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas yang baharu

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi, 66, diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang baharu.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dalam majlis pengumuman pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Mengkudu itu yang berkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan masing-masing lima Ahli Jemaah Pengarah Nafas (AJP) dan AJP calon simpanan daripada pemilihan AJP Nafas pada 2016 bagi penggal 2016-2019.

“Barisan AJP Nafas yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim; Mohd. Hisyamuddin Ghazali; Normah Yusof; Senator Dr. Yaakob Sapari dan Muhamad Said Jonit.

“Lima lagi AJP simpanan ialah Datuk Abdul Aziz Derashid; Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman; Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar; Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini seperti dipetik utusanonline.