Dengo kabo di sini dan terbaca di sana atau org arab biasa habaq- سمعت هذا وقراءت ذاك- kononnya ada pihak dikatakan melobi utk dpt title doktor kehormat @ Phd dari sebuah universiti tempatan dlm pengajian Islam.Harap harap berita tu x betui lah.
Anyway, to be fair, mendamba utk mendapatkan PhD tidaklah,secara mutlak , salah.
Tetapi bukankah lebih aula jika anugerah itu tidak diperoleh melalui lobi-melobi sebaliknya melalui pihak universiti itu sendiri mengiktiraf pencapaian atau sumbangan istimewa kita dlm disiplin-disiplin tertentu yang memang melayakkan kita dianugerahi PhD atau doktor falsafah itu ?
Sedikit pengalaman peribadi. Satu waktu dahulu ada beberapa peneraju utama sebuah universiti tempatan yang habaq kat saya depa berhasrat utk pi rekomen saya dianugerahi PhD atas alasan perjuangan saya dlm bidang undang-undang khususnya dalam bidang human rights.
Jujurnya, awai-awai lagi cadangan itu saya TOLAK. Alasan saya tolak cadangan itu adalah satu sahaja- saya memang tak layak. Period. I was just a street lawyer.
Jika nak pun title itu insyaAllah biarlah bila Allah swt buka hati saya utk buat M.A dan PhD secara proper dan melalui segala protokol yang sepatutnya. Saya rasa itu lagi ada nilai kot.
La ni dapat gelaran JEBON dan mcm-mcm label lagi pun cukuplah.