Malaysia Dateline

Piagam kerjasama Pas-Umno bakal dihadiri MCA, MIC

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu piagam kerjasama antara partinya dan Umno pada 14 September ini juga akan dihadiri MCA dan MIC.

Turut hadir dalam program Himpunan Penyatuan Ummah bersempena majlis menandatangani piagam tersebut ialah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Sehubungan itu, Abdul Hadi menafikan dakwaan bahawa Piagam Muafakat Nasional itu mengundang masalah kaum dan agama di negara ini.

“Saya difahamkan himpunan itu turut dihadiri oleh MCA, MIC dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Sepatutnya mereka itu dengar dahulu ucapan pemimpin dalam himpunan tersebut,” tegasnya merujuk kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1441H di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini.