Malaysia Dateline

Piala AFF: 25 skrin besar siar aksi Malaysia-Thailand di seluruh negara esok

Sebanyak 25 skrin besar disediakan di seluruh negara khas untuk peminat bola sepak tanah air memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan menjelang aksi timbal balik separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand esok.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir kedua Piala AFF itu adalah di Dataran Merdeka; Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan dan Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan.

Pemakluman itu diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi satu hantaran di Facebooknya tadi.

“Berita baik! Lokasi Big Screen KBSMalaysia telah diperluaskan ke 25 lokasi untuk perlawanan Thailand vs Malaysia esok.

“Labuan pun ada. Tolong share dan enjoy!,” tulis Hannah di laman sosialnya.

Ini senarai penuh 25 lokasi skrin besar yang boleh anda tonton:

Baca Juga: “Tahniah bro! Kasut player woo! Mantap!” – Netizen