Piala Cabaran jadi medan untuk pemain muda JDT II buktikan keupayaan

Piala Cabaran jadi medan untuk pemain muda JDT II buktikan keupayaan

Piala Cabaran 2019, yang bermula Isnin ini, akan menjadi medan terbaik bagi pemain muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT II) membuktikan keupayaan bersaing dengan pasukan lain.

Ketua jurulatihnya, Ervin Boban berkata platform pertandingan kompetitif kedua selepas Piala Malaysia itu merupakan medan terbaik untuk beliau menguji lebih ramai pemain muda sebelum melangkah ke saingan yang lebih tinggi.

“Seperti sedia maklum, JDT II adalah sebuah pasukan pembangunan di mana pemain terpilih mendapat peluang memperagakan bakat masing-masing seperti permain yang sudah diuji dalam Liga Premier iaitu Ramadhan Saifullah dan Awang Faiz Hazziq.

“Oleh demikian, say menaruh harapan tinggi untuk melihat peningkatan dalam kalangan pemain dalam Piala Cabaran serta pemain yang belum terbukti dalam Liga Premier supaya menggunakan pertandingan ini sebagai medan terbaik untuk membuktikan kepada saya,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

JDT II, pasukan separuh akhir Piala Cabaran 2018, diundi dalam Kumpulan A bersama Kelantan dan sarawak manakala Kumpulan B pula terdiri daripaad empat pasukan iaitu Selangor United, Kuala Lumpur dan dua finals musim lalu iaitu UKM FC dan Terengganu FC.

Pengenalan Piala Cabaran ialah untuk menyediakan platform pertandingan kompetitif untuk pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia.