Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Piala FA: Khidmat pengadil luar negara tidak digunakan

Piala FA: Khidmat pengadil luar negara tidak digunakan

BernamaJuly 3, 2019 7:16 am




Hasrat peminat bola sepak tanah air untuk menikmati perlawanan berintensiti tinggi final Piala FA 2019 membabitkan pasukan Perak dan Kedah seiring dengan mutu pengadilan berkualiti tidak kesampaian.

Ia selepas Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd hari ini mengesahkan khidmat pengadil tempatan akan digunakan bagi aksi final tersebut yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai.

Menurut beliau, usaha untuk membawa pengadil profesional dari luar bagi mengadili perlawanan akhir merupakan antara agenda utama dalam meningkatkan kualiti perlawanan, namun ia tidak dapat dilaksanakan bagi final Piala FA yang memasuki edisi ke-30.

“Saya ada bertanya kepada wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai potensi membawa pengadil dari luar dan jawapannya tiada. Usaha membawa pengadil profesional itu memang ada tetapi untuk Piala FA kali ini tidak dan perkara itu telah disahkan mereka (unit pengadil FAM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Sebagai rekod, pengadil tempatan J.Suresh yang mengendalikan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC (TFC) dan Perak, dianggap peminat bola sepak tanah air sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.

Beberapa keputusan kontroversi dibuat Suresh termasuk membatalkan dua jaringan dan layangan dua kad merah pada perlawanan itu menyaksikan integriti beliau dipersoalkan.

Turut membidas pengadil berkenaan adalah Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil menyuarakan pandangan baginda bahawa tepat pada masanya untuk MFL menggunakan khidmat pengadil luar negara mengendalikan perlawanan bola sepak berintensiti tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bagaimanapun, Tunku Ismail dipetik sebagai bertitah keputusan untuk tidak menggunakan pengadil luar negara disebabkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh tidak bersetuju.

“Subkhiddin berkata ia seperti memperkecilkan pengadil tempatan. Itu bukan sebabnya. Ini adalah kerana kita perlukan bantuan, anda boleh membaca artikel MFL sebelum ini,” titah Tunku Ismail.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production