Malaysia Dateline

Piala Suzuki: Filipina benam Timor Leste 3-2

Filipina meraih kemenangan kedua dalam Piala Suzuki AFF 2018 selepas mengalahkan Timor-Leste 3-2 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Skuad The Azkals yang di bawah bimbingan ketua jurulatih berpengalaman dari Sweeden, Sven-Goran Eriksson itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan anak buah Norio Tsukitate dan membawa pulang tiga mata berharga.

Gol The Azkals dari Filipina itu dijaringkan oleh penyerang prolifik Phil Younghusband pada minit ke-27, diikuti Martin Steuble (33’) dan Carli de Murga (68’).

Sementara itu, Timor-Leste mendapat dua gol hasil jaringan sudut penalti oleh Nataniel de Jesus Reis pada minit ke-73 dan Joao Pedro Da Silva Freitas (75’).

Kemenangan itu menyaksikan Filipina kini menduduki tempat kedua dalam kumpulan yang berkongsi enam mata dengan Thailand yang mempunyai kelebihan dalam jaringan gol.

— BERNAMA