Pihak lancar ‘Tabung Solidariti Mat Sabu’ diminta berurusan dengan Amanah

Pihak lancar ‘Tabung Solidariti Mat Sabu’ diminta berurusan dengan Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) meminta pihak yang melancarkan ‘Tabung Solidariti Mat Sabu’ berurusan dengan Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir Parti Amanah Negara (Amanah) meminta pihak yang melancarkan ‘Tabung Solidariti Mat Sabu’ berurusan dengan Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

Tabung ini diwujudkan secara sukarela oleh pihak tertentu bagi membantu Mohamad membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.

Mohamad akan diisytiharkan muflis jika tidak membayar jumlah tersebut kepada Wan Ahmad.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pada sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur  semalam berkata, Amanah berterima kasih atas usaha pihak terbabit.

“Pihak Amanah mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang dizahirkan oleh semua pihak.

“Namun untuk menentukan tidak timbul fitnah berhubung kutipan ini, maka kami ingin meminta semua pihak yang telah dan akan melancarkan tabung untuk membantu Mohamad seupaya berhubung kami terlebih dahulu.

“Dengan itu usaha pembelaan terhadap beliau boleh diselaraskan dan dilakukan dengan ketelusan supaya dapat mengelak daripada sebarang pertikaian kelak,” katanya.

Pada Mac 2014, Mahkamah Tinggi mengarahkan Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu dan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada Wan Ahmad berikutan kenyataan Mohamad berhubung ‘Projek IC’ di Sabah.

Wan Ahmad sebelum itu memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, bekas ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda sebagai defendan.

Tuntutan muflis ke atas Mohamad dan sebutan kes akan diadakan pada 11 Ogos ini.

Justeru Anuar meminta pihak yang terlibat menghubungi Wisma Amanah di talian 03-62421511.

TAGS