Kebanyakan pasangan bercerai jarang meneruskan perhubungan dan hanya berhubung berkaitan anak sahaja.
Namun ada juga pasangan yang masih kekal berkawan selepas bercerai secara baik dan tidak menjadikan ia satu isu untuk memutuskan silaturahim.
Walaupun sudah sah bercerai, usahawan Datuk Seri Adnan Abu dan pelakon Adira Suhaimi masih kekal berkawan.
Menurut Oh Bulan! Datuk Red akui masih menjalinkan hubungan rapat sebagai kawan dengan bekas isterinya, Adira.
Walaupun dia berharap agar rumah tangganya bersama Adira dapat disatukan kembali namun reda dengan segala takdir dan ketentuan Ilahi.
Tambahnya, meskipun dia dan Adira sudah sah bercerai pada 24 April lalu tetapi mereka kini selesa berkawan.
“Harapan saya memang nak kembali bersama tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak guna. Kehidupan berumah tangga ni, biar dua-dua setuju. Kalau seorang tak setuju, saya reda je.
“Sebenarnya, kami selesa berkawan. Tak nak gaduh-gaduh. Jadi kawan baik pun saya reda je,” ujarnya seperti dipetik OhBulan!.
Tak beri layanan berbeza kepada kedua isteri
Sedar akan segelintir masyarakat yang menganggap Datuk Red memberi layanan berbeza kepada kedua isterinya, namun ia ada sebab disebaliknya.
Menurut Datuk Red, isteri pertamanya Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim tidak suka tampil di media sosial.
“Memang betul pun orang nampak layanan saya kepada Adira dan Datin Red berbeza. Sebab Datin memang tak suka keluar di media sosial.
“Tapi Adira ni lain pula, dia pun selalu tolong saya. Datin banyak support saya dari belakang,” tambanya.
Baca juga: Terkejut tahu kedai dah tutup, Awal Ashaari mahu ambil tindakan terhadap rakan perniagaan