Malaysia Dateline

Zaid Ibrahim

Pilih calon PM ikut majoriti parti undang politik kuasa patut dihalang

Peguam Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata keputusan memilih calon Perdana Menteri berdasarkan majoriti daripada parti bukanlah perkara yang baru.

Katanya cara mengemukakan calon yang mendapat sokongan majoriti ini adalah cara lama yang pernah dipraktikkan sebelum ini.

“Ini adalah politik kuasa ianya akan berterusan, kita patut halang cara ini,” kata beliau.

Menurut Zaid kuasa yang boleh menukar kaedah ini hanya berada di tangan Tuanku YDPA.

“Inilah harapan patik dan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Dalam keadaan sekarang ini kita buatlah keputusan lain daripada yang dahulu,” kata beliau.

Beliau sangat berharap agar Perdana Menteri yang dipilih nanti seseorang yang boleh mengubah keadaan negara sekarang ke arah yang lebih baik.

“Kita tidak sepatutnya bergantung kepada nama-nama politik besar kerana mereka telah gagal.

“Kalau kita berada dalam parti-parti politik yang berjaya, kita tidak akan berada seperti dalam keadaan sekarang.

“Rakyat tidak ada harapan lagi melainkan menyerahkan kepada kebijaksanaan YDPA,” rayu beliau.

Justeru, beliau meminta YDPA bijak dalam memilih seseorang yang boleh membuat perkara yang betul kepada negara dan beliau percaya orang ini akan mendapat sokongan majoriti nanti.