Usia bukanlah penghalang untuk bercinta tapi jika pasangan adalah majikan sendiri, pastinya dipandang serong oleh masyarakat.
Seorang lelaki berusia 22 tahun di China dikritik netizen selepas memutuskan untuk berkahwin dengan wanita berusia 38 tahun.
Menurut Thaiger, lelaki tersebut pernah meninggalkan rumah kerana bimbang dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya.
Selepas setahun dia akhirnya berubah fikiran dan membawa pualng calon menantu yang juga majikannya.
Ibu dan bapa lelaki tersebut pada awalnya menyangka wanita itu adalah bakal ibu mentua anak lelaki mereka.
Apabila diberitahu wanita itu adalah calon menantu, ibu bapanya marah dan menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka.
Lelaki itu kemudian berkata: “Saya tidak akan berkahwin melainkan pengantin perempuan adalah dia.”
Ibu bapa lelaki itu akhirnya terpaksa akur dan pasangan itu akhirnya berkahwin.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka menimbulkan kecaman sehingga lelaki itu terpaksa menjelaskan bahawa dia mengahwini majikannya atas dasar cinta.
“Hubungan kami ditentukan oleh takdir, bukan kekerasan seperti yang diperkatakan semua orang,” jelas lelaki itu.
Baca juga: Ubai beri amaran pada adik Shila Amzah, bekas isteri mengaku jadi mangsa pukul