Pilih ‘Parti Najib’ terus derita

Pilih ‘Parti Najib’ terus derita

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengingatkan pengundi untuk memastikan keputusan pada 9 Mei nanti tidak mengundang bebanan hidup untuk tempoh sepenggal lagi.

Menurut anak muda berkenaan, pengundi wajib membuat keputusan yang tidak terus menjerut mereka lagi dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat kepincangan urus tadbir Umno-BN.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak itu berkata, rakyat hanya mempunyai dua pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sama ada memilih BN atau PH yang akan seragam tampil di kertas undi menggunakan lambang PKR.

“Sama ada hendak memilih membayar GST untuk lima tahun akan datang, sama ada terus 1MDB (1Malaysia Development Berhad) tidak boleh dipersoal untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Juga boleh memilih untuk warga Felda terus dibebani pelbagai hutang dan boleh memilih supaya anak-anak tuan disenaraihitam akibat gagal membayar hutang pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

“Dua sahaja pilihan yang ada. Kalau nak pilih (masalah), pangkahlah parti Najib tapi kalau tidak mahu lagi menderita dan mahukan perubahan, pilihan yang ada PH,” tegas Hasnul dalam ceramah di Parit Buntar baru-baru ini.

N08 Titi Serong disandang Abu Bakar Hussain dari Pas yang menang pada PRU-13 dengan hanya majoriti 1,794 undi.
Dua lagi kerusi Dun yang dimenangi Pas dengan majoriti kurang 2,000 undi iaitu Selinsing (809 undi) dan Gunung Semanggol (1,405 undi).

Seramai 1,492,228 pemilih berdaftar di Perak bagi menentukan kepimpinan di 59 kerusi Dun dan 24 kerusi Parlimen pada PRU-14.

7.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 10.0