Pilih Sulaiman, Gopal Sri Ram bukti Peguam Negara serius kendalikan pendakwaan

Pilih Sulaiman, Gopal Sri Ram bukti Peguam Negara serius kendalikan pendakwaan

Tindakan Peguam Negara menyerahkan kepada dua peguam ternama, Haji Sulaiman Abdullah dan Gopal Sri Ram untuk mengetuai pendakwaan kes ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB dipercayai menggembirakan banyak pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau percaya banyak pihak yang berasa gembira dengan berita berkenaan.

Kata Hanipa, beliau mempunyai pengalaman beberapa kali mengendalikan kes di mahkamah bersama Haji Sulaiman, antaranya kes “rampasan kuasa” di Perak semasa Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar.

Menurutnya, Haji Sulaiman adalah seorang peguam terbaik di negara ini dan pandangan beliau sangat tajam.

Katanya lagi, beliau juga pernah “berada” di hadapan Gopal Sri Ram sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

“Tidak syak lagi, beliau juga adalah dari kalangan mereka yang mempunyai minda undang-undang terbaik di negara ini.

“Dengan dua peguam yang cemerlang ini menjadi pendakwa, tidak syak Peguam Negara amat serius dalam pendakwaan ini,” kata Ahli Parlimen Sepang itu melalui akaun Facebooknya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote