Meskipun sudah lama berada dalam industri, penyanyi Datin Alyah masih dibayangi nama suaminya tang juga penggubah lagu terkenal Datuk Ramli MS.
Hingga kini ada pihak yang mengatakan bahawa dia menggunakan nama suaminya namun kesemua itu dinafikan Alyah.
Menurut Alyah, dia tidak pernah menggunakan nama Tok Ram (Datuk Ramli MS) untuk untuk memohon Dana Kandungan Digital (DKD) lapor Harian Metro.
“Saya tak pernah guna nama Tok Ram (Datuk Ramli MS) untuk dapatkan dana.
“Saya pernah tanya dia pasal dana tapi dia pula bertanya pada saya boleh ke untuk mohon dan apa syarat dan kertas kerjanya?
“Ramai artis yang memohon dana meletak nama Tok Ram tapi bila buat ‘show’ (persembahan) tiada pun nama dia,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa Alyah mengakui rimas apabila dirinya sering dikaitkan dengan Tok Ram sedangkan dia banyak berusaha sendiri untuk kekal dalam industri seni.
“Kalau dulu saya rimas bila orang asyik tanya pasal Tok Ram dan kenapa nama saya tidak boleh berdiri sendiri?
“Hakikatnya, memang dia suami dan saya kena akur perkara itu tapi usaha tetap kena usaha.
“Walaupun sudah berkahwin, saya tetap berusaha sendiri dalam industri muzik dan ia tetap tak berubah,” katanya.
Untuk projek terbaru An Evening To Remember with Ayu, Idayu & Alyah, dia memaklumkan ada meminta nasihat suami namun menegaskan bahawa Tok Ram tidak terlibat.
“Sebagai isteri, memang saya ada beritahu dia mengenai projek bersama Idayu dan Ayu Damit ini. Saya ada meminta pandangan Tok Ram tapi dia tidak terbabit dalam projek ini.
“Projek ini cara saya kongsi rezeki bersama rakan artis dan saya mahu bekerjasama dengan artis yang sanggup susah senang dengan saya untuk menjadikan projek ini sebagai jenama,” katanya.
Baca juga: Anak yatim tak ambil slip SPM kerana kekangan duit, MARA akan tanggung pengajian ke universiti