Malaysia Dateline

Pilihan dalam membentuk kerajaan PH 2.0

Difahamkan pemimpin tertinggi PH akan bertemu bersama Blok Tun Mahathir.. aku berharap penyelesaian dapat dimuktamadkan.. Bukan soal Siapa PM..tetapi keutamaan mengembalikan mandat Rakyat membina sebuah Malaysia baru…

Kalau ditanya aku, Bagaimana kepimpinan yang terbaik buat masa ini.. Antara turutan terbaik untuk Malaysia baru..

PM – : Ds Anwar Ibrahim
TPM 1 : Muhkriz Mahathir
TPM 2 : Shafie Afdhal

Bagi aku ini peluang terbaik, wakil Borneo seperti parti Warisan, Sabah Sarawak mencipta sejarah menduduki jawatan tertinggi dan mempunyai suara besar dalam Kerajaan.. Jika wakil Borneo setuju dengan formula ini, Blok Tun M sepatutnya kena bersetuju..

Jika ada kebuntuan, Wakil dari Borneo seperti Warisan, dan wakil dari parti sabah Sarawak lain tetap mahu Tun Mengetuai Kerajaan sebagaimana kenyataan parti Warisan semalam.. antara barisan Kepimpinan Terbaik dalam keadaan ini..

PM : Tun Mahathir
TPM 1 : Ds Anwar Ibrahim + Menteri Kewangan
Menteri KDN, Penerangan = PKR..

Ketika ini bukan soal siapa layak jadi PM..tetapi apa keutamaan, agenda melakukan Perubahan itu mesti terlaksana.. biar siapapun PM dan pemimpin tertinggi..

sudah pasti Dharurat besar adalah membiarkan Kerajaan tebuk atap yang rakus terus merosakkan Negara..Kedudukan hari ini Kerajaan tebuk atap lebih teruk dari regim Najib dulu… Dala kaedah Fiqh disebutkan satu kaedah..

ما لا يدرك كله لا يترك كله

“Jika tidak didapati seluruhannya, jangan tinggalkan seluruhnya (semampu kamu).”

Kaedah ini diambil sesuai dari firman Allah yang sellau disentuh Ds Anwar sendiri..menyentuh soal Islah( reform)..

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku..

Ya, dengan Apa cara, Kita perlu melakukan perubahan setakat sedaya dan semampu kita sama seperi perubahan yang cuba dilakukan selama 22 Bulan pemerintahan PH.. biarpun tidak sempurna,Perubahan dan Islah itu berlaku..

Dan lebih penting.. Bukan Soal Putrajaya.. tetapi membina Pakatan atau gabungan yang kuat, Dalam waktu yang sama bersedia menghadapi Pilihanraya mengejut pada bila bila masa…

Jadi fikirkan lah yang terbaik untuk negara dan rakyat.. Bukan untuk parti dan pemimpin pemimpin tertentu.. Masa adalah semakin suntuk, atau yang akan menerima akibatnya esok adalah Negara dan Rakyat sendiri..

Ekonomi Negara diambang kehancuran.. Dalam minggu ini saja kita dapat lihat bagaimana kepimpinan yang Amanah dari PNB dan Petronas diperlakukan semahu mungkin oleh mereka.. Bayangkan apa yg akan berlaku pada masa depa ekonomi Negara dan Rakyat..

اللَّهُمَّ احْفَظْ بِلاَدَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ وَمَكْرُوْهٍ …

Ya Allah, lindungilah negeri kami dari segala bentuk keburukan dan hal-hal yang tidak diinginkan