Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pilihan Raya Negeri Sarawak bukan dalam masa terdekat, kata Abang Johari

Pilihan Raya Negeri Sarawak bukan dalam masa terdekat, kata Abang Johari

BernamaJanuary 6, 2020 6:35 pm




Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri ke-12 tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Beliau, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), berkata, tempoh akhir untuk PRN ke-12 ialah pada tahun hadapan.

“Apa yang nak digopohkan (untuk mengadakan pilihan raya). Tempoh akhirnya 2021… Tahun 2021 lah,” katanya ringkas kepada pemberita di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa jentera GPS berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia untuk ‘bertempur’ pada bila-bila masa sahaja.

PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021.

Namun, berdasarkan rekod lepas, PRN Sarawak diadakan sehingga setahun lebih awal daripada tarikh penggal dewan undangan negerinya berakhir.

Pada PRN-11 yang diadakan pada 2016, empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak telah memenangi 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seterusnya, empat parti komponen itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) mengumumkan keluar dari BN pada 12 Jun 2018 susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketika ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, di mana tujuh daripada mereka dari DAP, manakala tiga lagi dari PKR– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production