Pimimpin BN perlu kecam tindakan Jamal bakar patung Zaid Ibrahim

Pimimpin BN perlu kecam tindakan Jamal bakar patung Zaid Ibrahim

Gimik Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membakar patung Datuk Zaid Ibrahim lengkap dengan kata-kata ‘pengkhianat kurang ajar biadap’ di tengah-tengah kehangatan Persidangan Agung Umno (Pau) tahun ini wajar dikecam oleh seluruh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Segambut (DAP) Lim Lip Eng.

melainkan jika mereka bersetuju bahawa tindakan membakar patung sedemikian adalah budaya politik baru yang dibawa BN, serta mencerminkan sikap mereka.

“Kita masih ingat bagaimana pada tahun 2015, pihak polis telah menawarkan ganjaran wang kepada orang ramai untuk mencari seorang lelaki berumur 21 tahun dan seorang gadis berusia 14 tahun yang memijak gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih 4.

“Kedua-dua individu tersebut telah ditangkap serta digari oleh pihak polis, walaupun mereka menyerah diri,” kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Lim berkata, beliau ingin tahu, berapakah ganjaran yang akan ditawarkan oleh pihak polis dan berapa hari Jamal serta budak-budaknya akan ditahan di dalam lokap, ekoran tindakan membakar patung Zaid Ibrahim itu?

“Atau adakah tindakan memijak gambar dikira tidak okey, tetapi membakar patung boleh pula?

“Tidak ada mana-mana politik yang matang akan menerima aksi membakar patung begini,” sambung beliau.

Sekiranya tidak ada pemimpin BN yang mengecam tindakan Jamal, dan tiada tindakan daripada pihak polis untuk aksinya mengintimidasi Datuk Zaid Ibrahim, yang merupakan seorang ahli politik pembangkang, adakah ini akan memberi isyarat bahawa akan lebih banyak patung pemimpin pembangkang dibakar dan diaibkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14?, soal beliau.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES