Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pimpinan AMANAH tiba di Istana Negara untuk mengadap Agong

Pimpinan AMANAH tiba di Istana Negara untuk mengadap Agong

AKMAL MANAF FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 26, 2020 12:57 pm




 

Kira-kira jam 11.55 pagi, saf kepimpinan AMANAH dilihat tiba di pekarangan Pintu 2, Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu.

Selain itu, turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Dua lagi kepimpinan AMANAH ialah Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Mohd Tahir dan Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli.

Kesemua mereka menaiki kenderaan dan sempat beramah mesra dengan pihak media sebelum masuk ke pintu 2 Istana Negara.

Khalid Abd Samad ketika ditemui berkata, pihaknya bersama Pakatan Harapan.

“Kita bersama PH, AMANAH solid, kita berpegang pada mandat dan janji pada rakyat,” katanya.

Dr Mujahid pula berkata, pihaknya meletakkan harapan yang tinggi pada hari ini.

“Matahari akan bersinar semula. Tolong doakan kami,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production