Malaysia Dateline

Pimpinan muda masa hadapan: Rafizi, Syed Saddiq dan Nurul Izzah atasi Asyraf Wajdi

Calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; penyandang kerusi Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman dan calon Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar muncul menjadi pilihan sebagai pemimpin muda mengatasi Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tinjauan sentimen masyarakat oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menunjukkan Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda Umno dan calon Parlimen Gerik mendapat hanya 9.5 peratus.

Mengikut kajian Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) UUM, sebanyak 15.7 peratus responden memilih Rafizi manakala Syed Saddiq dan Nurul Izzah masing-masing 15.2 dan 11.9 peratus.

Walau bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga calon Parlimen Sungai Buloh, berada di tangga teratas dengan mendapat 24.9 peratus sokongan responden.

Tinjauan tersebut dijalankan bermula 6 September hingga 5 November terhadap 2,716 responden.

Daripada jumlah itu, 2,344 responden Melayu, Cina (122), India (77), lain-lain Bumiputera (134) dan lain-lain (39).

Baca juga PRU-15 dan gelagat calon

Baca juga Ambil ubat bipolar, Selena Gomez berdepan risiko sukar dapatkan cahaya mata