Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat

Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat

Oleh BERNAMAJanuary 19, 2020 10:05 am




Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen itu menunjukkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk memenangi semula hati rakyat.

Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa sebaliknya menerima kenyataan dan berbuat sesuatu bagi mengelak sokongan terhadap PH terus merosot.

“Kita sudah dapat keputusan dan kena terima seperti biasa, tahniah kepada calon yang menang teruskan khidmat… saya percaya di Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kita akan terus tingkatkan usaha,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 Port Dickson di Taman Lukut Hartamas di sini, malam tadi.

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada PRK kawasan itu semalam.

Calon BN Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production