Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pimpinan Umno dijangka menghadap Agong

Pimpinan Umno dijangka menghadap Agong

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 23, 2020 6:50 pm




Dijangka pimpinan Umno menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang enggan namanya didedahkan lapor BH, berkata, tiada perkara besar atau maklumat penting akan dibuat di Menara Dato Onn.

Sebaliknya, beliau berkata, perkembangan paling penting dan bakal melakar peristiwa akan berlaku dalam tempoh beberapa jam, selepas mesyuarat khas MKT di ibu pejabat Umno yang baru selesai.

“Anda semua akan ketahui dalam beberapa jam lagi.

“Kalau betul apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi, pemimpin Umno akan ke Istana Negara,” dipetik BH hari ini.

Semua ahli MKT Umno dilapor mengadakan pertemuan khas, sejak jam 3 petang tadi susulan arahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, bagaimanapun berkata MKT tidak dimaklumkan mengenai sebarang agenda mesyuarat khas yang bakal dipengerusikan presiden.

Hari ini juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan bersama pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seawal jam 9 pagi.

Turut hadir dalam perjumpaan di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya itu ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan parti yang lain.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production