Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pindaan Akta 318, Akta Harta Pusaka di peringkat akhir kajian

Pindaan Akta 318, Akta Harta Pusaka di peringkat akhir kajian

BernamaJuly 29, 2019 1:46 pm




Kajian bagi meminda dan menambah baik Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Kajian itu adalah untuk memudah cara pembangunan semula skim pembangunan berstrata bagi mengatasi masalah bangunan usang dan terbiar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pentadbir Tanah Malaysia ke-25 di sini hari ini.

“Ia juga bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat dalam urusan pusaka kecil dengan memendekkan tempoh masa penyelesaian dan memperkemaskan pengurusan harta pusaka,” katanya.

Dr Xavier berkata kementeriannya melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah selesai mengadakan perbincangan dengan negeri-negeri berkenaan berhubung kajian itu dan ia akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) awal tahun hadapan.

Hasil kajian itu akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk penelitian sebelum dibentangkan ke Parlimen dengan sasaran pada sesi persidangan Mac 2020, katanya.

Dalam pada itu, Dr Xavier berkata penggunaan sistem e-Tanah yang diperkenalkan di peringkat Wilayah Persekutuan pada Jun 2017 akan digunakan sepenuhnya di semua negeri di Semenanjung menjelang akhir 2021.

Buat masa ini, katanya hanya Wilayah Persekutuan sahaja yang melaksanakan sistem tersebut 100 peratus dengan beberapa negeri lain turut mengaplikasikannya namun belum sepenuhnya.

Beliau berkata kos pembangunan sistem ke arah merealisasikan pentadbiran tanah secara digital itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Selain e-Tanah, katanya pentadbiran tanah negara juga telah melalui proses modenisasi melalui pelaksanaan aplikasi dalam talian lain seperti Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka (MyeTaPP) dan Sistem Carian Bersepadu untuk urusan tanah yang lebih cepat serta tanpa kerenah birokrasi.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production