Malaysia Dateline

Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini, pengembara Thailand perlu patuhi SOP

Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini bagaimanapun pengembara dari Thailand hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sempadan Padang Besar akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula hari ini mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya dipetik Bernama.

Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini, pengembara Thailand perlu patuhi SOP
Jeneral Kompleks CIQ Malaysia di Padang Besar, Perlis

Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lepas, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.