Pisau cepat tumpul? Guna 4 tip ini ‘confirm’ tajam selalu

Oleh MAISARAH AISYA

Umum sedia tahu setiap pisau ini ada kegunaan tersendiri. Jangan main guna sahaja pisau yang ada di dapur, boleh cepat rosak nanti.

Pengguna Facebook, Jenoba Outdoor berkongsi tip untuk elak pisau cepat tumpul, untuk mak yang selalu merewang tu boleh cuba tip ini.

Tip elak pisau cepat tumpul

1. Pilih besi pisau

Ada banyak material yang digunakan untuk buat pisau. Ada stainless steel, ada carbon steel, ada ceramic. Adamantium belum ada lagi setakat ni.

Setiap material ada ketahanan masing-masing. Secara general, stainless steel lebih cepat tumpul berbanding carbon steel. Tapi carbon steel ni cepat karat.

Jadi sebelum beli pisau tanya dulu dengan penjual jenis besi yang digunakan dan cara menjaga pisau tu.

2. Guna ditempat yang betul

Adalah satu kezaliman meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kebanyakan pisau ada fungsi-fungsi yang tertentu.

Ada pisau lapah daging, ada pisau potong sayur, ada pisau bushcraft.

Pastikan pakai pisau dengan kegunaan yang betul. Kalau pisau lapah daging, jangan guna untuk tetak pokok. Memang cepatlah tumpulnya.

3. Sapu minyak selepas guna pisau

Tak perlu perasap atau mandi limau pada pisau. Cukup sapu sedikit minyak setiap kali selepas guna, terutama pada pisau carbon steel.

Minyak ni boleh elakkan pisau daripada berkarat.

Minyak masak pun boleh guna, minyak 2T pun boleh guna. Tapi kalau pisau tu guna untuk menyediakan makanan, janganlah letak minyak 2T. Keracunan makanan pulak nanti.

4. Asah secara berkala

Jangan tunggu pisau dah tumpul baru nak asah. Buat jadual asahan. Tak payah buat macam jadual sekolah tu. Cukup buat mental note.

Sebulan sekali asah pisau. Atau selepas lima kali guna, asah.

Senang sahaja, lepas ini tak adalah nak tukar pisau selalu sebab tumpul.

Baca juga: Baru tahu ada petua bagi tepung melekat, ini resipi Sotong Celup Tepung dari ‘orang lama’