Pisau cepat tumpul? Ini tip untuk pastikan ia sentiasa tajam, jangan ‘skip’ tips no 5 kalau sayang barang!

Oleh MAISARAH AISYA

Pisau kalau sering digunakan pasti cepat tumpul, di asah banyak kali juga kadang kala tidak menjadi.

Pengguna Facebook, Jenoba Outdoor berkongsi tip untuk elak pisau cepat tumpul, untuk mak yang selalu merewang tu boleh cuba tip ini.

TIPS ELAK PISAU CEPAT TUMPUL

AMARAN: Step 5 tu penting. Jangan pernah skip step 5.

1. Pilih besi pisau

Ada banyak material yang digunakan untuk buat pisau. Ada stainless steel, ada carbon steel, ada ceramic. Adamantium belum ada lagi setakat ni.

Setiap material ada ketahanan masing-masing. Secara general, stainless steel lebih cepat tumpul berbanding carbon steel. Tapi carbon steel ni cepat karat.

Jadi sebelum beli pisau tanya dulu dengan penjual jenis besi yang digunakan dan cara menjaga pisau tu.

2. Guna ditempat yang betul

Adalah satu kezaliman meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kebanyakan pisau ada fungsi-fungsi yang tertentu. Ada pisau lapah daging, ada pisau potong sayur, ada pisau bushcraft.

Make sure pakai pisau dengan kegunaan yang betul. Kalau pisau lapah daging, jangan guna untuk tetak pokok. Memang cepatlah tumpulnya.

3. Sapu minyak selepas guna pisau

Tak perlu perasap atau mandi limau pada pisau. Cukup sapu sedikit minyak setiap kali selepas guna, terutama pada pisau carbon steel. Minyak ni boleh elakkan pisau dari berkarat.

Minyak masak pun boleh guna, minyak 2T pun boleh guna. Tapi kalau pisau tu guna untuk menyediakan makanan, janganlah letak minyak 2T. Keracunan makanan pulak nanti.

4. Asah secara berkala

Jangan tunggu pisau dah tumpul baru nak asah. Buat jadual asahan. Tak payah buat macam jadual sekolah tu. Cukup buat mental note. Sebulan sekali asah pisau. Atau selepas 5 kali guna, asah.

5. JANGAN BAGI KAWAN PINJAM

Ada sekali min bagi pinjam pisau lapah daging pada kawan min. Lepas tu dia guna pisau tu untuk tetak tulang. Terus sumbing pisau tu.

Semenjak hari tu, min akan bawak sekotak pisau lipat setiap kali pergi rewang. Kalau ada kawan nak pakai pisau, min bagi pisau lipat je kat diorang. Nak patahkan pun tak apa.

Haa mak-mak yang kedekut dan sayang barang tu, ingat tip nombor lima nanti tak memasal anak pula kena beli baru.

Baca juga: Teringin nak makan ayam goreng ala pasar malam? Wanita kongsi resipi, boleh makan banyak dan jimat duit