Malaysia Dateline

PKP dilanjutkan hingga 4 Mac di KL, Selangor, Johor dan P Pinang

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media pada Selasa.

Menurut pengumuman itu, lain-lain negeri kecuali Perlis, dikenakan PKP Bersyarat mulai 19 Februari hingga 4 Mac depan.

Ia termasuklah Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, Labuan dan Putrajaya.

Perlis dikenakan PKP Pemulihan mulai 19 Februari ini.