Malaysia Dateline

PKPB 6 buah negeri dilanjutkan

Kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Sarawak selama dua minggu lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan penguatkuasaan PKPB akan bermula 1 hingga 14 April kecuali Sarawak yang bermula 30 Mac hingga 12 April.

Menurutnya, walaupun secara keseluruhan trend penularan Covid-19 menurun, namun terdapat beberapa negeri yang masih menunjukkan status turun naik dan peningkatan kes.

Sementara itu, Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perlis, Putrajaya, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Labuan juga dilanjutkan bermula 1 sehingga 14 April.

Dalam perkembangan sama, larangan rentas negeri masih berkuatkuasa.