Malaysia Dateline

PKPB Daerah Kuching tamat 11.59 malam ini

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Daerah Kuching akan ditamat pada jam 11.59 malam ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPKB Daerah Kuching telah bermula sejak 9 November lalu dan dilanjutkan sehingga 27 November.

Kata JPBN, penamatan PKPB pada jam 11.59 malam ini adalah memandangkan Daerah Kuching telah bertukar daripada status Merah kepada Jingga.

“JPBN memutuskan penamatan PKPB pada 27 November jam 11.59 malam selepas kes jangkitan tempatan yang dilaporkan sebanyak 30 kes sehingga semalam.

“Justeru, JPBN ingin mengambil kesempatan bagi mengucaptkan terima kasih kepada semua agensi dan semua penduduk di Daerah Kuching,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas JPBN, hasil daripada kerjasama semua pihak dalam memastikan prosedur pengendalian standard (SOP) yang diamalkan telah mampu mengawal kes jangkitan tempatan sehingga semalam.

Bagi laporan pemantauan sepanjang PKPB di Daerah Kuching, JPBN menambah setakat semalam sebanyak 8,654 kenderaan telah diperiksa di Kuching.

Kata JPBN, jumlah kumulatif kenderaan yang diperiksa adalah sebanyak 123,261 manakala tiada kenderaan di arah berpatah balik.

“Jumlah keseluruhan kenderaan yang di arah berpatah balik sejak 9 November 2020 kekal sebanyak 613 buah kenderaan,” tegas JPBB.