Malaysia Dateline

PKPB mulai 5 – 18 Mac untuk KL, Selangor, Johor dan P Pinang

Kerajaan menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor mulai 5 Mac dan dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 18 Mac 2021.

Turut dikenakan PKPB adalah Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan.

Melalui PKPB, perjalanan rentas daerah juga dibenarkan, kecuali di Sabah – atas permintaan kerajaan negeri itu.

Namun begitu, perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 4 Mac ini.

Penguatkuasaan PKPP kekal di Perlis.