Malaysia Dateline

PKPD di Felda Kechau 6, dan 9, Lipis, Pahang bermula esok

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti dalam Mukim Kechau, Lipis, Pahang.

Lokaliti terlibat ialah Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 yang akan dilaksanakan mulai esok, 22 Januari.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN, Rodzi Md Saad, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di dua lokaliti terbabit.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua lokasi PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.