Malaysia Dateline

PKPD semua daerah di Selangor ditamatkan

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kesemua mukim yang terbabit.

Ia termasuklah PKPD di 34 mukim di negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini, 16 Julai 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat MKN bersetuju untul tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terbabit.

Bermula 3 Julai lalu, PKPD dilaksanakan di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari.

PKPD di beberapa kawasan di Sabah termasuk di Kampung Pantai Emas, Kota Belud dan Kampung Iban Kuala Nansang di Tawau dan Kampung Babagon di Penampang akan ditamatkan esok.

Di Pulau Pinang, penamatan PKPD bermula esok membabitkan Taman Nagasari dan Mukim 6, Seberang Perai Tengah manakal di Negeri Sembilan, penamatan PKPD di Taman Desaria akan dilaksana pada Ahad nanti.