PKPIM cadang beri cuti peristiwa sebelum hari pengundian

PKPIM cadang beri cuti peristiwa  sebelum hari pengundian

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan agar kerajaan sementara mengisytiharkan cuti peristiwa sehari sebelum hari pengundian pada 9 Mei depan.

Presidennya Muhammad Khair Sujud berkata, menyifatkan penetapan tarikh pengundian selain daripada hari minggu dijangka akan menyukarkan para pengundi bagi mengundi di kawasan masing-masing.

“Cuti peristiwa wajar diberikan bagi memberi ruang kepada mahasiswa, pengundi muda dan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya kali ini.

“PKPIM juga mencadangkan pihak pentadbiran institusi Pengajian Tinggi mengambil tindakan sewajarnya bagi menggalakkan para mahasiswa di institusi masing-masing pulang mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Muhammad Khair Sujud

“Cadangan pemberian cuti peristiwa dapat menyumbang kepada peningkatan peratusan keluar mengundi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

SPR katanya lagi, seharusnya memudahkan proses pengundian terutama dalam soal penetapan hari pengundian.

“PKPIM menggesa pihak kerajaan sementara agar mengisytiharkan cuti peristiwa sehari sebelum hari pengundian (Selasa, 8 Mei 2018) dan pada hari pengundian (Rabu, 9 Mei 2018).

“Bagi untuk rekod, PRU13 yang lalu mencatatkan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi iaitu sebanyak 84 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab memilih.

“PKPIM berharap pihak kerajaan sementara dan pihak berkaitan dapat menimbang cadangan bagi memastikan setiap rakyat diberikan ruang dan kemudahan dalam proses terpenting dalam menentukan masa depan negara,” ujarnya.

Berdasarkan rekod sebelum ini, hari pengundian bagi PRU 12 dan PRU 13 telah diadakan pada hari Ahad dan Sabtu.

Kali terakhir PRU diadakan pada hari bekerja adalah pada 1999 di mana tarikh pengundian jatuh pada hari Isnin 29 November 1999.

Hari ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian kepada 14,940,624 orang pemilih berdaftar di seluruh negara.

Menerusi Mesyuarat Khas yang diadakan hari ini diibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, SPR telah menetapkan tairkh-tarikh proses pelaksanaan PRU14.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0