Malaysia Dateline

PKPR Dun Manjoi rai pelajar sekolah

Sempena sesi persekolahan 2018 yang bakal tiba, Pusat Khidmat Peduli Rakyat (PKPR) Dun Manjoi telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan kepada pelajar dari keluarga yang memerlukan.

PKPR Dun Manjoi adalah dibawah kelolaan Parti AMANAH Negara Kawasan Tambun.

Haji Asmuni menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar terpilih di Manjoi.

Penerima sumbangan untuk kali ini adalah seramai 150 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Setiap mereka menerima sepasang kasut, beg dan pakaian seragam.

Haji Asmuni Awi selaku Pengerusi Parti AMANAH Negara negeri Perak turut hadir bagi menyampaikan sendiri sumbangan.

Ketika dihubungi, beliau mengharapkan program seumpama ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.