PKR Cabang Bagan raikan masyarakat keturunan Cina

PKR Cabang Bagan raikan masyarakat keturunan Cina
Alan Oh (dua dari kiri)ketika menyampaikan sumbangan buah limau kepada salah sebuah keluarga yang memerlukan di Cabang Bagan semalam.

Sebagai salah sebuah parti yang mendokong aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) maka kebajikan rakyat yang memerlukan tetap diberi perhatian, kata Ketua Cabang PKR Bagan, Alan Oh.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan turut merangkumi pusat jagaan warga emas, pasar awam serta kawasan penempatan penduduk.

Jelasnya, semua jawatankuasa cabang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama turun padang bagi menyerahkan sumbangan tersebut.

“Walaupun hanya sumbangan berupakan buah limau, tetapi ia membawa banyak makna kepada mereka yang menerima.

“Setidak tidaknya mereka sedar bahawa kita dari PH tidak pernah lupa kepada pengundi yang telah pun memberi mandat dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Kemenangan kita adalah kerana sokongan yang diterima termasuklah bagi kerajaan negeri dan juga pusat, ” ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan buah limau bersama jawatankuasa cabang di Bagan semalam.

Sehubungan itu ujarnya, rutin turun padang bersama jawatankuasa cabang adalah bagi mendekati masyarakat.

“Ideologi politik yang berbeza tidak pernah menjadi perbandingan.

“Yang penting bagi PH adalah menjaga kesehjahteraan rakyat yang amat mengharapkan perubahan.

“Kini setelah berjaya mendapat mandat, maka kita sama-sama turut menghargai dan senantiasa memberi penerangan mengenai dasar yang dibawa oleh kerajaan PH sedia ada,” katanya.