Malaysia Dateline

PKR dahului BN di Sook

Keputusan tidak Rasmi sehingga 4.55 petang ini menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendahului BN di Dun Sook.

Mengikut kiraan tidak rasmi Raymond Ahuar daripada PKR telah memperoleh 234 undi diikuti oleh Ellron Angin sebanyak 228 undi.

Ellron merupakan penyandang kerusi Sook dan berpaling daripada BN-PBRS untuk bergabung dengan STAR pada akhir 2018.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi PKR mencatat 234 undi, PN sebanyak 222 undi, BN 79 undi, LDP mencatat 5 undi dan PCS sebanyak 2 undi.

Merujuk keputusan PRU14 yang lalu, empat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di dominasi oleh Warisan dengan undi sebanyak 227 hari ini PKR telah mendahului dengan 12 undi.